Orang Yang Berilmu



Orang yang berilmu itu ada 3 perumpamaannya. Pertama, tanah yang subur. Bila hujan yang turun kena kepada tanah yang subur maka ia boleh menumbuhkan tumbuhan. Hujan Simbol kepada Ilmu yang dapat dari Allah, kemudian dia mengamalkan lalu bersemadi didalam hatinya amalan itu, dan Tumbuhan yang tumbuh melalui tanah yang subur itu umpama bila dia dia sampaikan kepada orang lain. Kedua, teruk daripada yang pertama. Ia umapama tanah yang keras seperti ada kawah! Air hujan turun bila turun ke tanah tersebut ianya akan bertakung disitu, orang lain dapat ambil air untuk manfaat, tapi takungan yang keras itu tak ada manfaatnya. Ia umpama Orang yang ada ilmu, dia sudah sampaikan kepada orang lain, tetapi dia tak amalkan ilmu yang disampaikanya. Ketiga, semoga dijauhkan. Org yang dapat ilmu, tetapi ianya tak beri manfaat buat dirinya dan tak beri manfaat buat orang lain. Ianya Umpama tanah yang keras, seperti air hujan yang turun kepada batu. -Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid- -Catitan Nota Majlis Pengajian Mukhtasar Sahih Imam Al Bukhari رحمه الله -

Habib Rizieq Shihab


~ Ulama' dari Indonesia ~

Jagalah Anggotamu


Wahai org yg biasa berdosa menggunakan matanya saat ini masa utk kita bertaubat kpd Allah, Jagalah mata kamu utk melihat wajah Nabi Muhammad, jgn guna mata ini utk melihat pandangan pandangan yg Haram. Jangan kamu menggunakan mata ini utk melihat dgn pandangan yg hina kpd org Islam. Tunaikan perintah Allah kpd kita, dlm Al quran, Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), Dan katakanlah kpd perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), Wahai org yg biasa dgn lisannya berdusta, waktu ini adalah masa utk kita bertaubat kpd Allah, Jgn berdusta setelah hari ini, Jgn mengumpat seseorang pun, jgn mencaci kpd org lain, sehingga doa kamu diterima oleh Allah dgn lisan yg kamu guna utk berdoa kpdNya, dan sehingga kamu dpt menggunakan lisan kamu untuk berbicara dgn Nabi Muhammad, Jagalah anggota-anggota tubuh badanmu, apa saja perbuatan dosa yg kamu buat selama ini, mari kita bertaubat. Dan memohon kpd Allah dari sisa-sisa umur kita ini, Ya Allah Kami Bertaubat kpdMu.. ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ فَرِّجْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ ياَ رَبَّناَ ياَ كَرِيمُ ياَ رَبَّناَ ياَ رَحِيمُ أَنْتَ الْجَوّاَدُ الْحَلِيمُ وَأَنْتَ نِعْمَ الْمُعِينُ Ya Tuhan yang maha pengasih lebih dari segala yg mengasihi, berikanlah kelegaan kpd org muslimin. Ya Tuhan kami yang amat pemurah, Ya Tuhan kami yang amat penyayang ,Engkau banyak memberi lagi bersifat santun dan Engkaulah sebaik-baik tempat untuk meminta pertolongan. -Al Habib Umar ben Hafidz- Diterjemahkan Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Di Masjid Al Azim Melaka

Tuan Guru Haji Salleh Musa


~ Mudir Madrasah  Ar-Rahmaniah, Sik, Kedah ~

Niqab vs Malu


Ada seorang lelaki tanyakan pendapat saya tentang calon isteri yang baik.

Saya senaraikan apa yang patut. Kemudian dia berkata:

"Saya kalau boleh nak yang pakai purdah."

Ya, perkataan macam ni memang biasa saya dengar. Tapi ada satu benda yang mamat ni tak faham dan saya pun tanya.



"Tuan nak isteri yang BERPURDAH ke atau isteri yang PEMALU?"

"Maksud ustad macam mana?" Jawabnya.

"Wanita yang pakai purdah, tak semestinya wanita tu PEMALU, tapi wanita yang pemalu, mesti dia pakai purdah." Saya jawab ringkas.

"Erk.... macam mana saya nak tahu pemalu ke tak calon yang saya pilih?" Dia tanya lagi.

"Zaman sekarang ni, ramaaaaiiiii wanita tutup badan dengan kain, tutup muka dengan kain pun dah semakin ramai, tapi yang sikit ni ialah wanita yang ada sifat MALU seperti Sayyidatina Fatimah Az-Zahra Radiyyallahu'anha yang TIDAK MAHU LANGSUNG DILIHAT LELAKI DAN TIDAK MAHU MELIHAT LELAKI.

Cuba tengok keadaan sekeliling, yang berpurdah pun masih kenakan pakaian terang macam pink, biru muda, fuhh nampak comel tu kan...? Ada jugak yang berpurdah hitam semua, tapi baik punya dia shoot gambar lepas tu upload dalam fb bagi tengok free kat lelaki ajnabi. Model yang tayang bodi pun at least dapat bayaran, diorang ni yang bajet solehah pulak bagi tengok free? Mana maruah diorang?

Perempuan hodoh sekalipun, kalau diorang berpurdah, nampak mata saja, memang jadi seksi.... Awak tengok rasa bernafsu tak?" Petir dari saya.

"Err... malu nak ngaku, tapi sejujurnya memang nampak comel sangat dan rasa 'geram' timbul dalam hati." Jawab lelaki tu.

"Jadi apa gunanya mereka berpurdah? Baik bogel je... tengok yang berpurdah pun rasa 'geram', tengok yang berbogel pun rasa 'geram'. Sebab itu di dalam mazhab Syafie, pendapat yang paling rajih dan muktamad tentang purdah ialah hukumnya wajib (rujuk kitab fathul muin, iqna' dan lain-lain). Manakala pendapat yang daif pula mengatakan wajib hanya jika timbul fitnah, dan fatwa daif inilah yang digunakan secara meluas di Malaysia pada zaman ni. Bahkan sebahagian ulama Syafi'eyyah berpendapat, kalau nak pakai purdah tu, pakai full tutup, bukannya bukak-bukak separuh (niqab separuh) nampak dahi macam di Malaysia (di Malaysia indonesia je wujud niqab separuh pelik tu), bahkan mereka suruh tutup mata dan tinggal satu mata sahaja UNTUK MELIHAT JALAN BUKANNYA UNTUK DILIHAT MATANYA.

Tapi sebenarnya, purdah, jubah, baju, dan semua semua tu sebenarnya TAK PERLU PAKAI PUN kalau perempuan tu PEMALU DAN TAK KELUAR RUMAH. Sebab hukum tutup aurat tu hanya disyariatkan bila wanita bertemu lelaki ajnabi. Kalau duduk diam dalam rumah seperti isteri-isteri dan anak Rasulullah, perlu ke mereka tutup aurat?

Jadi tanda "solehah" seseorang wanita tu bukan terletak pada purdah atau tidaknya dia, tetapi terletak pada SIFAT MALU dia. Jangan tertipu dengan munafik-munafik di fb." Saya jawab.

"Erm.. Baru saya sedar.. rupanya ramai perempuan yang menutup aurat, bahkan memakai purdah tapi TAK ADA SIFAT MALU." Jawab dia,semakin faham.

"Ya, sebab itulah saya cakap, kalau nak cari bini, bukan cari yang berpurdah, tapi cari yang pemalu. Sebab kalau dia pemalu, dia confirm akan pakai purdah dan malu nak keluar rumah. Wanita pemalu juga tak akan melihat lelaki dan tak akan menggedik dengan lelaki.

Tapi kalau dia tak malu, walau pun dia pakai purdah sejuta lapis, dia tetap suka berselfie dan tayang bodi dan diri pada lelaki ajnabi dalam fb dan hu ha hu ha dengan lelaki bukan mahram. Macam tu ke perempuan yang tuan nak pilih untuk jadi ibu kepada anak-anak tuan?" Jawapan penggulungan dari saya.

"Alhamdulillah ustad, saya dah faham... doakan saya dapat jumpa permata macam yang ustad syorkan..." Jawapan akhirnya.

Note: Ajarkan anak dan isteri kalian sifat MALU kerana itulah satu-satunya mahkota wanita terindah yang diajar Rasulullah tetapi dihapuskan oleh wanita zaman ini.

Wahai wanita yang berakal... Deletelah foto-foto korang tu. Jangan kecewakan Rasulullah lagi dan lagi. Kalian mungkin jahil, tapi kalian bukan bodoh yang tak boleh diajar atau belajar sesuatu. Jadi belajarlah sesuatu dari kalam ini dan ubahlah. Tak cukupkah kes zina harian yang kita dengar?

Jahil: Tidak mengetahui.

Bodoh: Tak boleh berfikir.

Selfie tu tak salah, selfie lah sampai lebam. Yang salah ialah TAYANG BODI DEKAT LELAKI AJNABI (walaupun badan dan muka ditutupi kain, mata laki ada xray, dia tau saiz korang sekali pandang).

Perhatian: Kalau anda terasa, anda perlu bertaubat dan ubah, bukannya meroyan di ruangan komen kerana ia akan menjatuhkan maruah anda sendiri.



- Ibnu Batoota -

Al-Habib Ali Al-Jufri


~ Ulama' dari Tarim, Hadramawt, Yaman ~