Fitnah Gambar Laman Sosial

Salah satu fitnah besar di laman sosial seperti fb, instagram, twitter ialah ia menjadikan umat ini gila bergambar untuk ditayangkan pada semua orang.
Semua gambar kita nak share, sampai gambar isteri yang sepatutnya disimpan untuk tatapan suami sahaja pun di share. Gambar kita di masjid pun kita share, bahkan yang lebih merisaukan ialah kalau dulu ada istilah "candid" yang mana gambar ditangkap oleh orang lain tanpa kita sedar, sekarang ni semua "candid" adalah palsu sebab sebelum "candid" memang mereka dah rancang dan plan awal-awal dan hanya lakonan semata-mata.
"Haa nanti aku peluk ulama tu, kau snap gambar aku tau! aku nak share kat fb yang aku dapat peluk ulama dan kononnya "candid" orang tangkap gambar aku."
"Aku duk kat tebing tu, pastu aku nak merenung ke arah laut tu konon jiwang, waktu tu kau snap gambar ye. Baru nampak "candid" dan jiwang. Nanti boleh aku buat poster, edit letak ayat-ayat hikmah kat situ, ramai yang share nanti."
"Aku dah siap pakai purdah ni, kau tolong snap jap gambar aku tengah tengok bawah ni, nampak macam ayu-ayu, malu-malu gitu, baru la boleh jadi niqobis sejati. Nanti nak upload dalam fb, dan untuk menghalalkan perbuatan aku ni, aku niat je lah untuk dakwah. Kalau ada orang hentam aku, aku cakap la "semuanya tergantung niat"... islam itu kan mudaaaahhh~"
"Aku buat-buat baca kitab arab ni, japgi kau snap gambar aku kona baring 99 degree. Nanti aku nak share kat fb, baru orang tau aku ni ulamak besar gedabak tengah acah studi kitab besar tak da baris."
"Aku nak duduk berzikir ni, nanti kau snap gambar aku jap ye. Tapi biar aku posing cantik dulu, biar aku merenung ke arah sana. Baru nampak macam tengah merenung kebesaran Allah sikit."
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.
Kalau ini bukan sifat munafik, apakah ia?
Gejala gila selfie ini menyuburkan sifat nifaq dalam hati kita.
Gejala gila bergambar ni menyuburkan macam-macam sifat kotor dalam hati kita.
"Apa la batoota ni merapu! Aku tak kan kotor hati lah, aku ni orang tareqat, aku ni orang tabligh, aku ni orang usrah, aku ni ustaz, aku ni pelajar pondok, aku ni pengikut habaib, aku ni selalu ikut majlis ulama, aku ni sentiasa islah diri, jadi hati aku tak kan kotor hanya kerana gejala selfie ni... poooodaaaah!"
Jawab Batoota: "Ya itulah tanda hati kau paling kotor, bila kau rasa hati kau tak kotor."
Bergambar tu tak salah, nak bergambar silakan.
Yang saya hihglightkan disini ialah GEJALA GILA BERGAMBAR sehingga berlakon candid bagai, sampai kat kubur pun nak berselfie, sampai beribadat pun nak berselfie, pergi masjid pun nak selfie dan entah apa-apa lagi yang menjatuhkan moral kita dan merosakkan amalan kita.
Saya memang anti bergambar sejak dulu, sebab saya memang tak suka. Dulu saya letak syarat kalau nak jemput saya ceramah, jangan ambil gambar saya. Jangan buat poster letak muka saya.
Dapat bertahan sekejap je. Sebab gejala bergambar ni sangat menebal dalam masyarakat kita dan saya tak mahu berkeras dalam hal ni sebab benda ni bukannya haram, hukumnya kekal harus. Cuma ia akan menyuburkan pelbagai sifat tak elok. Kalau benda ni haram, saya akan berkeras. Saya tak mahu jadi Wahhabi yang berkeras bukan pada tempatnya. Jadi akhirnya gambar saya pun tersebar. Aduh la. Rasa hidup tak bebas, pergi mana pun orang kenal.
Saya tak suka penduduk bumi kenal saya, saya hanya suka kalau penduduk langit yang kenal saya. Orang bumi, cukup kenal "nama" sahaja (itu pun bukan nama sebenar), bukan orangnya. Sebab ramai yang terkenal di bumi akhirnya terjerumus ke lembah neraka. Sedangkan yang terkenal di langit, pengakhiran mereka baik-baik.
Kadang saya rasa macam nak pergi duduk jauh dari manusia. Tinggal dengan anak isteri, ternak ayam kambing sendiri. Tapi saya umat Nabi yang ada tanggungjawab pada umat. Saya tak boleh tinggalkan tanggungjawab saya.
Jadi saya terpaksa hadapi dunia, sistem dajjal, masyarakat dan sebagainya ini dengan penuh hati-hati.
Saya pernah consult perkara ni (menjadi famous di dunia) dengan guru mursyid saya.
Maka kata beliau mafhumnya:
"Kalau kamu yang mencari-cari publisiti dan kemahsyuran kemudian kamu menjadi mahsyur, maka kecelakaan akan menimpa kamu sepertimana ahli-ahli dunia yang lain. Sesungguhnya bagi para salik (orang yang dalam perjalanan mencapai makrifatullah), ujian yang paling besar antara semua ujian suluk (jalan menuju Allah) ialah sifat "hubbe jah" (cinta kepada kemahsyuran-bahasa urdu). TETAPI, sekiranya kita sudah berusaha untuk lari dari kemahsyuran dan membenci kemahsyuran seperti benci untuk masuk ke dalam neraka, tetapi kita tetap dimahsyurkan oleh sesuatu yang bukan dari kita (orang lain yang mahsyurkan kita sehingga kita terkenal) tanpa kita suka dan leka dan terhibur dengan kemahsyuran, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah yang telah mahsyurkan kamu untuk manfaat agamaNya yakni Dia mahu gunakan kamu untuk agamaNya sepertimana para sahabat dan wali-wali Allah, walaupun mereka benci dan lari dari kemahsyuran, tetapi kemahsyuran tetap mengejar mereka untuk manfaat umat. Maka berhati-hatilah jangan sampai kamu terhibur dengan permainan dunia ini kerana dunia ini terlampau hina untuk kita para salik menitiskan air mata untuknya."
Semoga Allah mencintai guru mursyidku dan membalas semua kebaikannya yang tidak pernah jemu mentarbiah daku menjadi orang berguna.
Baru-baru ni, ketika saya dijemput ke muktamar ulama sedunia di Putrajaya. Saya lihat, asal habis satu-satu sesi je, mesti ramai gila peserta turun dan bergambar.
Sampai Habib tegur: "Barangkali kalian lebih banyak bergambar daripada berzikir pada Allah."
Seriously I felt so ashamed.
Ulama itu dihormati, dimuliakan, diamalkan ajarannya, diteladani, diikuti akhlaknya.
Bukan hanya diambil gambarnya sahaja dan berbangga di fb dapat bergambar dengan ulama.
Sekali lagi saya katakan, ia tidak haram. Tapi boleh menjadi haram.
Semoga Allah beri taufik dan hidayah pada kita semua untuk berselfie ikut syariat, berselfie secara normal, berselfie sambil hati terjaga atau tinggalkan terus budaya tu.

- Ustaz Zakuan -

Akhir Zaman

Telah sampai zaman yang Nabi sangat khuatirkan. Zaman yang saya dan kamu sedang alami sekarang ini.
Tanda kiamat yang dizahirkan kepada kita bukan lagi tanda "kecil". Setiap hari jantung ini bagai direntap-rentap kuat hanya mampu terlopong ternganga melihat situasi yang saya tak mampu buat apa-apa kecuali menulis di internet dan bercakap tentang ia di ceramah-ceramah atau sesama kawan yang mana ianya tak dapat mengubah apa-apa.
Bila ada apa-apa isu "tanda besar kiamat" muncul misalnya seperti "mufti keluarkan kenyataan bodoh" atau "wanita bertudung zina di tempat awam di siang hari", maka orang ramai tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya maki hamun di portal berita tersebut yang mana mereka tahu langsung tak dapat mengubah apa-apa.
Seperti beberapa makhluk spesis aneh yang membakar stadium sendiri kerana tidak dapat terima kekalahan pasukan negeri sendiri yang mana mereka tahu, sekiranya stadium tu runtuh lagi dan hangus tinggal abu sekalipun, keputusannya tetap sama iaitu mereka KALAH.
Kita dikejutkan kenyataan-kenyataan pelik dari "ulama moden" (sebab ulama tradisional yang mengikut manhaj ahli sunnah dan disiplin ilmu yang sah tidak akan sama sekali mengeluarkan kenyataan tidak cerdik, tidak profesional, tidak sekolah) yang mana mereka sibukkan diri dengan menghasut umat Islam untuk bergaduh sesama sendiri dalam perkara-perkara khilaf (berbeza pendapat di kalangan ulama) dan bukannya menyelesaikan masalah umat yang sedang melanda.
Mereka ini kata guru saya adalah "shor machane wala" iaitu tukang sorak penagih publisiti murahan yang memakai title-title hebat seperti "maulana", "doktor", "pakar hadith" dan lain-lain title untuk menipu masyarakat.
Ini adalah tanda kiamat yang digambarkan oleh nabi bahawa Allah mengangkat ilmu dengan cara mematikan para ulama. Akhirnya orang bodoh akan diangkat jadi mufti dan ia akan memberi fatwa tanpa ilmu. Ia sesat lagi menyesatkan. Hadith ini jelas sahih dan lebih jelas kebenarannya bila ia berlaku di depan mata.
Belum lagi buka cerita tentang orang yang langsung tak ada autoriti dalam agama boleh keluarkan fatwa pelik-pelik dan siap ada buku sendiri sedangkan individu itu hanyalah tukang jam, pilot, cikgu Geografi dan entah dari celah mana lagi diorang datang.
Tak lama lagi, pengemis tepi jalan pun akan ada buku Tauhid tulisan sendiri dan dalam buku tu, semua ulama sawadhul 'azhom (majoriti ulama) dikafirkan.
Kes zina juga semakin hebat. Dulu masa saya kecik-kecik, Malaysia jadi gempar sampai masuk berita TV bila ada pramugara beragama Islam, berbangsa Melayu merakam aksi mengawan mereka dalam video dan dijual.
Waktu itu kecoh satu Malaysia sebab ianya betul-betul mengejutkan. Bagaimana mungkin mereka boleh rakam aksi zina? Zina itu dah salah dan memalukan. Tapi boleh pulak rakam, dan lebih pelik, dijual VCD nya.
Tapi sejak daripada hari itu, maka semakin hari semakin banyak video-video lucah dilakukan oleh umat Islam. Yang lebih menyedihkan, ramai dikalangan mereka adalah bertudung. Kalau pelacur seksi yang beraksi, ia masih boleh diterima akal sebab sejak zaman nabi lagi ia berlaku. Tapi muslimah, berhijab, berzina dan berbangga.
Sungguh ia sesuatu yang menghiris hati ini, apatah lagi hati Rasulullah yang telah tumpahkan darah dan air mata baginda untuk lihat umat ini menjadi muslim muslimah sejati.
Apa yang dikhabarkan kepada saya, kebanyakan pelakon porno Melayu bertudung ni adalah budak-budak universiti, kolej, ipt, ipta. Akal mereka hanya pada kertas, bukan pada otak. Maklumlah, masuk U pun guna duit riba ptptn, kemudian langgar syariat sebab bersafar jauh dari mahram (bagi wanita) sedangkan ia diharamkan Allah dan Rasul dengan dalil yang tersangat jelas. Maka natijahnya, ramai dikalangan mereka akhirnya menjadi lebih hina dari pelacur kerana sekurang-kurangnya pelacur dibayar ketika disentuh. Tapi budak-budak murahan ni disentuh dan mengawan tanpa bayaran apa-apa. Pelacur sekurang-kurangnya mereka malu dan buat kerja senyap-senyap. Budak-budak ni pulak mengawan sambil merakam dan sebarkan.
Sejak daripada itulah saya sangat anti pada riba dan sistem pendidikan Dajjal.
Dulu sebelum kahwin, saya sangat risau, siapa calon saya. Semua pun tak boleh percaya. Semua pun dah pernah berzina, dah takde dara. Kalau ada dara sekalipun, dah pernah "ringan-ringan". Purdah ke, tudung labuh ke, usrah ke, seksi ke, tudung bawal ke, semua sama. Tidak dinafikan tudung labuh dan purdah adalah pakaian wanita solehah, tapi hari ini, yang munafik pun ramai sarung kain tu kat badan mereka sebab dah jadi trend. Maklumlah, kalau pakai purdah, letak gambar kat fb, beribu lelaki datang. Pastu buat status "saya tak layan lelaki ajnabi, tolong jaga ikhtilat". Dia punya bangang tahap apa pun saya tak tahu, Wahhabi pun kalah. Kalau nak jaga ikhtilat, yang pergi letak gambar tu dah kenapa? Kenapa hidang makanan tak bertutup kalau tak mau lalat hinggap. Kenapa letak gula tengah jalan kalau tak mahu semut makan.
Kita hilang harapan dengan perempuan seksi meksi. Kalau tak pakai tudung tu, jangan haraplah ada lelaki normal nak ambik jadi bini. Kalau jadi pemuas nafsu, ramai lelaki nak. Jadi sekarang ni, ramai beralih kepada wanita purdah. Dulu wanita purdah hanya ada dalam rumah. Hanya untuk lelaki soleh. Tapi sejak wujud fb, whatsapp dan lain-lain fitnah Dajjal ni, wanita purdah boleh diakses semudah ABC. Kadang tak payah carik pun, mereka yang carik kita.
Jadi kalau dulu pelakon porno hanya wanita seksi, kemudian kita saksikan pula wanita bertudung. Tak mustahil nanti akan muncul pulak video lucah made in Malaysia yang berpurdah pulak. Wal 'iyazubillahimin zaalik.
Baru-baru ni di AEON Manjung, kami singgah untuk setelkan baby dan solat. Kemudian minum kejap di food court. Masa minum tu. Bidadari saya ternampak ada sorang gadis berpurdah ungu duduk semeja dengan seorang lelaki yang nampak sangat muda remaja. Macam umur belasan tahun. Tangan mereka saling mengusap. Masing-masing rapat kepala tengok hp dan ketawa-ketawa. Nampak betul kegedikan perempuan tu. Dia yang asyik rapat-rapatkan badan. Di meja sebelah mereka pulak, ada 3 orang perempuan sebaya mereka, sedang duduk minum sambil bermain hp jugak.
Hati saya betul-betul tak tenang. Saya cakap pada isteri saya, nampak gaya macam belum kahwin. Sebab "gediknya" luar biasa. Selalunya suami isteri takde lah sakan meramas-ramas tangan depan khalayak ramai macam tu. Pastu saya tunjuk pada 3 orang perempuan sebelah meja mereka. Saya cakap tu mesti kawan-kawan perempuan purdah tu. Datang teman kawan diorang dating. Macam biasa, bila saya komen macam tu, tentu orang kata "sangka baiklah". Bidadari saya pun komen benda sama.
Oklah... Sangka baik.
Tapi akhirnya betul, memang perempuan purdah tu datang dengan 3 kawannya dan lelaki tu datang seorang. Lepas bye bye, mereka berpisah.
Kejadah apa ini?
Kecelakaan apakah ini?
Macam mana aku nak sangka baik?
Kalau bohsia buat perangai gini, hati ni tak sakit sangat, tapi tetap tak redha.
Tapi kalau dah berpurdah macam tu. Aduh... Kalau saya pun rasa macam kena sembelih.
Apatah lagi Rasulullah?
Air mata baginda akan berderai jatuh bila tengok benda ni.
Minggu lepas pun sama, selepas habis muktamar ulama sedunia di Putrajaya, malam tu saya ke Cyberjaya carik makan. Cyberjaya ni memang penuh dengan orang luar. Negro, arab, semua ada.
Saya stop kat kedai mamak. Sementara tunggu mamak buat air. Saya nampak kat hujung kedai tu ada couple tengah minum bersama. Tiba-tiba si perempuan tu gesel-gesel kat lelaki dan mereka bercumbu. What the jahannam???!!!
Khalayak ramai kot. Dan perempuan tu bertudung, pakai baju kurung warna krim. Budak limkokwing la kot. Mak ayah kat rumah bangun tahajud, mohon kat Allah kejayaan anak. Betina tu pulak mengawan kat Cyberjaya.
Saya geram gile, tapi iman lemah nak tegur. Akhirnya saya berdiri dekat dengan diorang dan tenung je. Akhirnya diorang perasan dan terus pergi. Perempuan tu buat muka selamba. Mesti dia kutuk saya waktu tu. Argh pakcik janggut mana lah potong stim ni.
Ini tanda kiamat. Kalau bukan tanda kiamat, bila lagi dunia nak kiamat???
"Bukan semua budak U macam tu". Saya dah bosan dengan alasan ni. Tak kan nak tunggu semua jadi macam tu baru nak setuju dengan hakikat gejala hilang kemaluan, hilang dara dan gejala mengawan ni semakin menjadi-jadi khususnya anak gadis yang jauh dari ibu bapa atas alasan "kerja" atau "belajar".
Sedangkan rasulullah dengan jelas telah mengharamkan wanita bermusafir tanpa mahram. Bahkan solat jamak qasar mereka tidak sah jika bersafar lebih 90km tanpa mahram. Ini bukan untuk mengongkong wanita, tapi Allah syariatkan perkara ni untuk tunjukkan muslimah itu MAHAL dan perlu dijaga umpama puteri raja. Bila keluar, sentiasa ada pengawal.
3 tahun saya solat hajat dan munajat supaya bakal isteri saya nanti tidak terlibat dengan semua ini walaupun hati kecil saya rasakan ia mustahil. Tapi saya yakin khazanah Allah tidak pernah bertepi.
"Barangsiapa yang takut pada Allah, maka Allah akan tunjukkan padanya jalan keluar (dari masalahnya)."
Tahun ketiga Allah kabulkan permintaan saya apabila Allah nikahkan saya dengan bidadari saya yang tidak pernah jejak kaki ke tadika, sekolah, kolej atau universiti. Semuanya diajar terus oleh ibu mertua saya yang dinamakan home-schooling.
Saya gembira bidadari saya jahil tentang dunia sampai telefon pun tak pandai guna. Sampai hari ini kami kongsi hp sebab beliau tak perlu hp, cuma sekarang dah ada dua hp sebab ada orang hadiahkan pada saya. Itu pun tak berapa guna. Walau jahil bab dunia, tapi beliau alim dalam agama. Sampai fiqh darah wanita pun saya rujuk pada beliau sebab beliau ada talaqqi ilmu agama dengan keluarganya di dalam rumah sendiri.
Orang Malaysia masih tidak dapat menerima kaedah ini dan masih anggap "kalau tak sekolah, maka bodohlah engkau". Sedangkan yang wajib itu "belajar ilmu" bukannya "bersekolah".
Sedangkan di negara luar, sudah ramai yang amalkan home-schooling khasnya di Amerika yang takut nak hantar anak mereka ke sekolah sebab asal pergi sekolah je, mesti jadi bohsia. Kalau berjaya dapat degree sekalipun, tapi dara dah tak ada. Dah berpuluh kali mengawan. Belum lagi isu buli, dadah, parti liar dan lain-lain fitnah Dajjal yang mereka pelajari secara TIDAK FORMAL di sekolah.
Saya bukan ikut Amerika, tapi Amerikalah yang ikut sistem Islam kerana home-schooling ini adalah sistem yang paling mendekati kaedah sunnah dalam mendidik anak-anak. Allah dah susun cantik dah, ayah keluar rumah cari nafkah, ibu pula tinggal di rumah untuk mendidik anak. Ini sunnah! Ini sistem Allah! Ini fitrah kita! Jangan kita langgar!
Tapi malang sejuta kali malang kita langgar sistem tu, ayah cari nafkah dan kemewahan, ibu pun kerja jugak sebab masing-masing takut pada kemiskinan. Akhirnya anak-anak kecil di hantar ke nursery. Kemudian kita saksikan video-video penyeksaan kanak-kanak di nursery yang boleh buatkan kita menangis.
Bila besar, diserah pada sekolah. Anak tak cukup kasih sayang ibu bapa sebab semua sibuk kerja. Akhirnya anak carik boyfriend untuk tagih kasih sayang. Si lelaki pulak, mereka ber couple bukan untuk berkasih sayang, tapi mereka ber couple semata-mata untuk mengawan. Bila si gadis dah sayang, maka mereka relakan atas nama cinta. Si lelaki pulak ketawakan kebodohan perempuan. Lepas puas, mereka tinggalkan dan cari perempuan bodoh lain pulak.
Lepas tu ngandung, baby pulak dibunuh, direjam, direndam sampai mati.
Bila beritahu pada ibu nak kahwin, ibu maki pulak. "gatal nak kahwin! Aku suruh belajar!"
Bila si lelaki tekad nak pinang anak orang untuk elak zina, keluarga perempuan pulak cakap: "aku jual anak aku ni dengan harga 30k, no money, no talk. No talk, no kahwin. Talk to your hand lah!".
Yang dah tua pun, masih lagi tak berakal. Bila anak diusung sana sini, mereka ok. Dengan bermodalkan RM10, anak mereka boleh mengawan dengan pasangan mereka tanpa pengetahuan mereka (ye lah, dah mengaji tempat jauh dari mahram). Tapi bila nak buat yang halal (kahwin), mereka letak RM30K.
Nak zina RM10, nak kahwin RM30K. Agak-agak apa mak bapak ni nak jawab depan Allah dan Rasul nanti? Kerana merekalah antara punca anak-anak jadi bohsia dan penzina.
Air mata ini tak dapat ditahan lagi!
Bila sistem Allah dilanggar, maka Allah biarkan kita bersama sistem Dajjal.
Orang kata zaman sekarang susah. Semua mahal. Laki bini kena kerja. GST lagi. Semua masalah "rezeki" yang telah ditetapkan Allah sebelum mereka lahir lagi menjadi isu besar bagi mereka di dunia.
Sedangkan agama datang untuk beri kita harapan dan ajar kita cara hidup sempurna.
Mula-mula nabi ajarkan kita tauhid dan sistem Allah. Di situ je kita failed dan anggap kerja, boss, perniagaanlah yang bagi rezeki pada kita, bukannya Allah.
Kemudian nabi ajarkan kita amalan-amalan yang mana dengan amalan ini, Allah mudahkan urusan dunia kita, murahkan rezeki kita. Kita pulak tak amal.
Akhirnya apa yang nabi ajar, kita tak buat. Bila rezeki sempit, kita mula langgar sistem Allah. Kita biar bini kita di tempat kerja bersama lelaki bukan mahram. Kita tiada rasa cemburu, kita biar mereka bertabarruj. Kita biar anak kita tanpa didikan. Kita biar anak kita diseksa di nursery.
Semua tu kononnya atas alasan "rezeki".
Sedangkan begitu ramai orang yang saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri dimana mereka hidup dalam ketakwaan, dalam sistem Allah, dengan tauhid yang betul, dengan amal yang betul.
Wallahi, Allah mudahkan urusan dunia mereka.
Saya sendiri yang bodoh, yang hina, yang munafik ni pun belajar-belajar nak jadi macam mereka dan amal sedikit-sedikit apa yang orang-orang soleh ni amalkan pun saya dah dapat rasa keajaibannya. Saya dapat rasakan urusan dunia saya betul-betul dipermudahkan. Saya tak perlu cari rezeki, saya hanya perlu sibukkan diri dalam kerja agama, maka rezeki yang datang cari saya.
Semua orang tahu saya ini penganggur. Saya tiada majikan, tiada KWSP untuk dirisaukan, tiada ASB, tiada insuran pekerja dan entah apa kejadah lagi sistem itu ini yang mencengkam kita.
Kerja saya hanyalah mengajar kitab di masjid-masjid tanpa saya minta upahnya. Nafkah saya dan keluarga Allah selesaikan melalui perniagaan susu kambing saya yang saya jual pun secara online. Tiada kedai, tiada sewa, tiada bil air api.
Tapi hidup kami bahagia, tiada hutang ptptn, kereta beli cash baq hang, tiada hutang rumah sebab duduk di rumah warisan mak ayah, tiada apa yang perlu dirisaukan. Nak kata kaya, tak jugak. Dalam akaun bank ada tak sampai RM100.
Tapi segalanya serba cukup, bila nak sesuatu yang diperlukan, terus Allah akan buka jalan yang halal untuk kami dapat benda tu, bidadari saya pun tak perlu keluar rumah untuk saya buat pameran dan berkomunikasi dengan lelaki ajnabi atas nama "rezeki". Anak dah dua dan dua-dua sihat tanpa vaksin, tanpa pernah ke hospital dan lahir tanpa perlu bidadari saya tunjukkan auratnya kepada doktor lelaki halal atas nama "darurat".
Adakah kami berada di planet lain?
Orang kata, alaaa kau tu semata-mata bertuah je... Bukan semua orang boleh jadi macam tu.... Hidup kami tak macam hidup kau.... Hidup kami penuh ujian, hidup kau indah belaka.
Aduhai, setiap manusia ada ujiannya. Mana ada manusia yang senang lenang tanpa ujian. Masalahnya kalian cuma tahu yang indah tentang saya tapi tak tahu apa susah payah yang menimpa saya.
Kereta pun dapat pakai lepas setahun saya di Malaysia keluar ceramah dan dakwah naik bas je. Saya balik Malaysia bulan 3 tahun lepas, bulan 4 tahun ni baru dapat merasa naik kenderaan sendiri tanpa riba.
Bukan nak bangga dengan amalan, sesungguhnya saya ini munafik tegar. Kutuklah sesuka hati kamu kepada diri saya, kerana saya hanya akan senyum dan iyakan kutukan kalian. Sebab ia sememangnya layak untuk saya.
Tapi apa yang saya nak bagitahu, kalau munafik tegar macam saya ni pun, bila diberi taufiq dan hidayah oleh Allah untuk berada istiqamah dalam sistemnya dan tidak melanggar fitrahNya pun Allah dah tunjukkan nusrah (bantuan) Nya.
Maka apa pendapat kalian jika kalian yang acah acah super suci muci mulus takde dosa ni pulak yang amalkan agama mengikut acuan Rasulullah tanpa melanggar fitrah dan sistem yang Allah telah tetapkan pada kalian?
Tentulah lagi banyak bantuan Allah akan jatuh berkepuk kepuk pada kalian kan?
Selesai bab rezeki weih.
Jauhi riba, sokong home-schooling. Kalau gila nak amek SPM sebab takut nanti nak makan apa kalau takde kertas bergulung (ijazah, diploma dll), jangan risau, belajar dirumah, elakkan masalah sosial, pastu daftarlah jadi calon SPM.
Semua boleh setel.
Aduh, dah kebas jari aku. Saya tulis status ni pakai hp dan kalau bukan kerana dah kebas, saya akan terus menulis sampai hati saya lega sebab dah luahkan segalanya.
Tapi 1% pun belum habis dari apa yang saya nak luahkan.
Saya merayu, marilah kembali kepada Allah, kepada sunnah Nabi.
cry emoticon
Kesian nabi, menangis untuk kita. Kita balas dengan maksiat. Yang lebih celaka, kita guna simbol dan nama agama untuk bermaksiat.
Ya nabi, hati ini merinduimu., tidak tertahan lagi hati ini merinduimu... Merinduimu...
cry emoticon
Maafkan saya atas kekasaran bahasa, tapi otak ni dah macam nak meletup fikir masalah umat. Jadi saya nak luahkan sebanyak yang mungkin untuk meredakan stress urat otak ni.

- Ustaz Zakuan -