Akhir Zaman 2

Note: Sebenarnya "hijab" terbaik bagi wanita ialah RUMAH. Bila wanita berada di rumah (dan keluar hanya jika perlu, itu pun dalam keadaan ditutupi dengan sempurna hitam semuanya seperti gagak hatta matanya ditutup, bukannya bling bling belang belang meriah macam kad meriah Mydin) seperti Saidatina Maryam, para ummahatul mukminin dan para wanita solehah, maka tiada lelaki akan ketahui tentang aurat mereka (para wanita). Kerana itu ada disebutkan dalam sebuah hadith bahawa wanita ini keseluruhan dirinya adalah aurat, apabila mereka keluar rumah (walaupun menutup aurat dengan sempurna) syaitan akan menghiasi mereka dari setiap penjuru arah. Maka tak hairanlah kalau yang bertudung pun still kena rogol, yang berpurdah pun still terlibat dengan zina halal, yang bertudung labuh pun still berdating halal. Kerana mereka "keluar" dari rumah yang merupakan batasan Allah tetapkan untuk mereka. Bila mereka keluar, mereka akan diterkam buaya (para lelaki) yang sememangnya dunia luar itu adalah dunia mereka. Dan wanita pula iman mereka lebih tipis dari akal mereka. Kain yang banyak di badan, muka atau kepala tidak akan menebalkan iman atau sifat malu mereka. Apabila digoda buaya, akan mudah terpedaya. Kerana itu melangkah keluarnya wanita dari rumah mereka tanpa mahram akan mendatangkan seribu satu fitnah.
Jadi jangan fikir bila kita dah berpurdah bagai kita rasa "waahh solehahnya aku!". Sedangkan yang solehah itu ialah apabila mereka tinggal di rumah dan hanya keluar jika benar-benar perlu dan BERSAMA MAHRAM SEBAGAI PENJAGA.
Tapi... Apa yang memilukan, ada segelintir yang berusaha tak keluar rumah untuk jaga aurat, tapi snap foto, masuk dalam fb. Aduh....... Yang ini special case, khas untuk beberapa otak yang beberapa wayarnya terputus. Dan jarang-jarang kes ini berlaku. Kes yang banyak berlaku ialah memang mereka jenis suka keluar rumah dan gila berselfie dan gila menayang diri di fb untuk tatapan lelaki yang disulami niat-niat indah untuk membela perbuatan diri.
Ada juga kes yang memang terjaga di rumah MasyaAllah, tapi berhubung dengan lelaki melalui alat komunikasi moden. Jadi Dajjal telah berjaya rosakkan muslimah sedunia. Kalau dulu hanya yang keluar rumah je rosak, sekarang ni, tanpa perlu keluar rumah pun boleh rosak. Ibu bapa bangga anak di rumah terjaga, tapi bagi handphone pada anak. Maka anak pun bercouple di alam maya, bertukar gambar, berlucah-lucah.
Kerana itu, pengajaran yang saya dapat ialah saya tak kan berikan teknologi ini kepada anak-anak saya khasnya perempuan (kalau Allah amanahkan pada saya anak perempuan). Tapi kalau dah kahwin, terserah pada suaminya nak bagi pakai atau tidak. Kalau bidadari saya, tak pernah ada hp sejak kecil sampai dah kahwin. Bahkan lepas kahwin pun bapa mertua saya pesan jangan bagi hp padanya sebab akan mendatangkan fitnah pada rumah tangga. Dah ramai kes cerai, gaduh suami ister, gaduh anak bapa, gaduh anak mak, ketagih korea, ketagih youtube, ketagih fb, ketagih group whatsapp walaupun acah-acah islamik dan lain-lain fitnah yang muncul kerana hp yang perlu diambil perhatian. Dan Alhamdulillah, isteri saya memang tak kisah pun ada hp atau pun tidak sebab dia tidak pernah diperkenalkan apatah lagi untuk "bercinta" atau "bertawakkal" kepada gajet itu sejak dilahirkan. Jadi kewujudan hp dalam hidupnya adalah seperti dihidangkan makanan paling enak tatkala perut sangat kenyang. Nak jamah sikit pun rasa tak perlu sebab perut sudah kenyang dengan kehidupan yang normal tanpa hp. Jadi tak adalah siang malam berbaring atas katil terkekek kekek ketawa baca page meran atau khk. Atau ketawa sebab group whatsapp acah islamik post video lawak atau status lawak. Tapi hidup lebih normal di alam realiti. Bercakap, bermain dan mendidik anak dengan keadaan yang sangat normal. Bukannya malas jaga anak, terus bagi ipad pada anak, bukak cerita upin ipin dan sambung terkekek kekek ketawa dengan rakan fb atau whatsapp.
Macam tu ke kehidupan para wanita solehah di zaman Rasulullah yang kita selalu petik namanya untuk orang gandingkan pada diri kita yang tidak ada kesan amalan solehah melainkan beberapa helai kain yang menutup badan?
Alasan tidak-mahu-ngaku-salah seperti: "ahh bukan semua macam tu, ikut niat masing-masinglah." Tidaklah valid bagi saya sebab kalau kita bagi pisau pada 10 bayi, lalu hanya seorang sahaja membunuh diri dengannya dan 9 lagi masih hidup, ia tetap tidak boleh dijadikan dalil keharusan untuk memberi pisau kepada bayi.
Zaman dah berubah, alasan tu "valid" pada zaman dahulu yang ketika itu duit makan yang mak ayah bagi masih bersih dari riba, pendapatan mak ayah di kampung terjamin halal misalnya kerja-kerja di kampung, tiada syubhah seperti kerja di syarikat-syarikat besar pada zaman ini yang dikelilingi syubhah riba, pelaburan kwsp yang bercampur halal haram, percampuran lelaki perempuan dalam satu pejabat, solat yang tidak dijaga, duit yang dipotong bulanan untuk bayar riba bank yang dikenakan pada kereta dan rumah dan entah seribu satu lagi fitnah muamalat dan hasil dari wang itu, diberikan kepada anak-anak yang hasilnya menumbuhkan ramai penzina, penyangak, mat rempit, mat dadah, minah dedah, makhluk ketum selfie, mufti segera, shiah, wahabi, dan entah apa ajaran sesat lagi bakal muncul dari hasil makan wang syubhah/haram.
Jadi kalau dulu, memang benar ramai yang terjaga. Ramai yang masih jaga halal haram. Tapi sekarang, yang rosak lebih ramai dari yang tak rosak. Jadi alasan "bukan semua macam tu", kau simpan dalam akuarium muzium sejarah je. Keadaan sekarang ni sangat kritikal dan kita perlu usaha untuk cegah dari awal.
Pendidikan dari awal perlu sempurna. Dah sampai masanya kita sendiri yang pantau dan didik anak kita, bukan diserah pada nursery atau guru. Bukan guru yang jahat, tapi suasana keliling yang semakin merosak. Seperti zaman dulu misalnya kita masukkan anak kita ke sekolah adalam umpama campak dalam kolam renang yang bersih untuk mandikan anak, tapi kini, kolam itu dicemari kotoran maksiat yang hitam legam. Jadi jangan kita campak anak kita ke kolam itu walaupun guru yang mengajar berenang itu merupakan guru terbaik di dunia, walaupun guru tu ada 30 phd dari universiti oversea non muslim yang sangat diagungkan muslim.
Seperti mana kaum pro vaksin sangat benci dan elergi kepada kaum anti vaksin sehingga mereka tak mahu anak mereka yang dicucuk bergaul dengan anak-anak yang tumbuh secara natural tanpa cucuk atas alasan anak-anak yang natural ini bakal menyebarkan penyakit. Maka seperti itu jugalah kita perlu jauhkan anak-anak kita daripada tempat berkumpulnya penyakit hati, penyakit maksiat, penyakit riba, penyakit bebas sosial dan lain-lain penyakit yang akan menyebabkan pesakitnya dicampak ke neraka.
Sekiranya ahli dunia sangat takut kepada penyakit dunia, maka mengapa pula ahli agama tidak takut kepada penyakit akhirat yang lebih dahsyat?
Apa berita bayi dikerat 15 tidak menginsafi kalian untuk berhenti berselfie dan menggoda nafsu lelaki?
Apa berita bayi direjam dan direndam dalam jamban tidak dapat gerakkan hati kalian untuk bertaubat dari terlibat dengan zina-zina "halal"?
Wallahi lelaki tidak akan bergoyang jika tidak ditiup.
Lelaki tidak akan mengayat jika tidak dibuka ruang untuk mengayat.
Kerana itu Allah kurniakan para wanita sifat malu yang tinggi, agar ia jadi benteng daripada menggoda lelaki atau memberi peluang kepada lelaki untuk menerkam.
Tapi bila benteng malu itu pecah. Maka berduyun lelaki akan menangkap wanita. Seperti dicampakkan makanan segar ke dalam kolam penuh dengan buaya lapar.
InsyaAllah, esok malam akan bertolak ke KLIA2, saya akan memimpin 39 orang jemaah untuk menunaikan umrah.
Saya nak sambung mengadu masalah ummat ni di kubur nabi pulak kerana tiada sapa akan lebih memahami dan risaukan masalah umat ini melainkan nabi tercinta. Sekurang-kurangnya saya ada "teman" bersembang yang faham kerisauan saya kerana ini juga kerisauan baginda bahkan lebih lagi. Harap-harap takda "mufti mee segera" kafirkan saya.
Seandainya Rasulullah masih hidup, pasti baginda akan menangis darah melihat keadaan umat ini yang berada benar-benar di jurang neraka dipermainkan Dajjal tetapi umat tidak sedar dan masih tersenyum riang kerana merasakan mereka sebenarnya sudah selamat dari neraka.
Ketahuilah, Dajjal itu penipu paling hebat dan licik. Dia membakar kamu dengan api neraka tanpa kamu sedar bahkan dalam keadaan kamu tersenyum seolah-olah disimbah bunga-bunga. Begitulah hebatnya penipuan dia.
Mana ada orang boleh tipu yang api itu air kecuali penipuan yang Dajjal lakukan kepada kita semua.
Ramai akan menentang saya dan menganggap saya gila dan tidak bertapak di dunia realiti. Saya tidak hairan dengan semua kutukan itu kerana seperti saya katakan, mereka sedang dibakar Dajjal, tapi mereka masih gembira dan marahkan saya kerana keluar dari api dan bertambah marah apabila saya mengajak pula yang lain untuk keluar dari api.
Semoga Allah selamatkan umat Muhammad. Sallallahu 'alaihi wasallam.

- Ustaz Zakuan -