Nasihat Mata


Nasihat Habib Umar dalam Menjaga mata dari pandangan yang Haram.
Melihat kepada aurat dan melihatnya seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya dengan memperhatikan keindahannya dengan rasa syahwat adalah Haram.
Kerana ia dapat menyebabkan lemahnya Iman, dan dapat menjadikan Hati terpanah oleh Panah yang beracun dari panahnya Syaitan. Sebagaimana di khabarkan Sebaik-baik Manusia ﷺ ,
Pandangan (kepada pandangan yang Haram) adalah busur beracun dari busur iblis yang terlaknat. Berfirman Allah, Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaku, aku gantikan iman yang terdapat keindahan dalam hatinya.

Balasan yang besar untuk siapa yang menutup pandangannya dari yang diharamkan serta menimbulkan syahwat yang haram, seperti memandang gambar yang menimbulkan syahwat, siapa yang menahannya atas sesuatu yang tidak berharga, balasannya sesuatu yang besar. 
Allah mengatakan "Aku gantikan Iman yang terdapat keindahan Didalam hatinya"
Dan apa yang didapatkan bagi mereka yang membiarkan matanya dan tidak memikirkannya dalam melihat yang Haram, suatu panah beracun yang menancap dihatinya. 
Bukanlah matinya jasad apa yang dia akan dapatkan akibat perbuatan memandang yang Haram akan tetapi matinya Hati, 
setelahnya ialah diharamkan atasnya pahala, rosaknya amal soleh, melemahkan Iman, rosaknya ketaatan, maka dengan pandangan tersebut boleh mengganggunya pada solatnya, membaca Al Qur'an bahkan sampai tidak beradab ketika berfikir, sehingga memikirkan yang buruk didalam beribadah kepada Allah, yang Diperhatikan Allah dirinya dan hatinya. 
Maka menjdi keburukan adab yang mendatangkan hukuman serta penolakan dan penghalang untuk mendapatkan pahala.
Wa iyya dzubillahi tabaroka wa ta'ala.
Allah mengetahui pandangan khianat Mata dan yang tersembunyi dihati.

No comments:

Post a Comment